Tuesday, March 18, 2008

Senarai penuh Kabinet 2008

Petikan dari Harian Metro (18 March 2008)

PUTRAJAYA: Berikut senarai jemaah menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad hari ini:

Perdana Menteri: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Timbalan Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

JABATAN PERDANA MENTERI
Menteri: Tan Sri Bernard Dompok
Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menteri: Datuk Ahmad Zahid Hamidi

Menteri: Datuk Zaid Ibrahim (senator)
Menteri: Datuk Amirsham A Aziz (senator)

Timbalan: Datuk Johari Baharum
Timbalan: Datuk Dr Mashitah Ibrahim (senator)
Timbalan: S K Devamany
Timbalan: Datuk Hasan Malek

KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri: Datuk Seri Syed Hamid Albar
Timbalan: Datuk Chor Chee Heung
Timbalan: Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (senator)

KEMENTERIAN KEWANGAN Menteri: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri II: Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Timbalan: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan: Datuk Kong Cho Ha

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri: Datuk Ong Tee Keat
Timbalan: Datuk Anifah Aman

KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri: Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed
Timbalan: Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan: A Kohilan Pillay (senator)

KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI
Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan: Datuk Joseph Salang Gandum

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan: Datuk Liew Vui Keong
Timbalan: Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri: Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan: Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Menteri: Datuk Shahrir Abdul Samad
Timbalan: Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PELAJARAN
Menteri: Datuk Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan: Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan: Datuk Razali Ismail

KEMENTERIAN PENERANGAN
Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan: Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN
Menteri: Datuk Shafie Apdal
Timbalan: Teng Boon Soon

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri: Datuk Dr. S Subramaniam
Timbalan: Datuk Noraini Ahmad

KEMENTERIAN SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri: Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan: Fadillah Yusof

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri: Datuk Ong Ka Chuan
Timbalan: Datuk Robert Lau Hoi Chew
Timbalan: Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri: Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak
Timbalan: Datuk Wira Abu Seman Yusop

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri: Tan Sri Muhammad Muhd Taib
Timbalan: Tan Sri Joseph Kurup Timbalan: Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri: Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan: Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri: Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan: Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri: Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan: Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
Menteri: Datuk Noh Omar
Timbalan: Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT
Menteri: Datuk Dr Ng Yen Yen
Timbalan: Noriah Kasnon

KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri: Datuk Seri Azalina Othman Said Timbalan
Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri: Datuk Zulhasnan Rafique
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri: Datuk Seri Khaled Nordin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri: Datuk Idris Haron

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Menteri: Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh


Senarai Perdana Menteri Malaysia

Perdana Menteri Malaysia 1
1957 - 1970
Bapa kemerdekaan
Perdana Menteri Malaysia 2
1970 - 1976
Bapa Pembangunan
Perdana Menteri Malaysia 3
1976 - 1981
Bapa Perpaduan
Perdana Menteri Malaysia 4
1981 - 2003
Bapa Permodenan
Perdana Menteri Malaysia 5
2003 - Kini
Bapa Pembangunan Insan

Senarai Yang di-Pertuan Agong & Raja Permaisuri Agong Malaysia

1. 31 Ogos 1957 - 1 April 1960

Sultan Negeri sembilan


2. 14 April 1960 - 1 September 1960

Sultan Negeri Selangor

Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah

Tengku Ampuan Jemaah binti Raja Ahmad

3. 21 September 1960 - 20 September 1965

Sultan Negeri Perlis

Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail


Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail

4. 21 September 1965 - 20 September 1970

Sultan Negeri Terengganu



Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III

Tunku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja


5. 21 September 1970 - 20 September 1975

Sultan Negeri Kedah


Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah

Tunku Hajah Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman


6. 21 September 1975 - 30 Mac 1979

Sultan Negeri Kelantan


Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra


Tengku Zainab binti Tengku Mohammad Petra

7. 26 April 1979 - 25 April 1984

Sultan Negeri Pahang

Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah

Tengku Hajah Afzan binti Tengku Mohammad Panglima Perang

8. 26 April 1984 - 25 April 1989

Sultan Negeri Johor

Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail

Sultanah Zanariah bintii Tengku Ahmad Panglima Raja

9. 26 April 1989 - 25 April 1994

Sultan Negeri Perak

Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahu-lahu

Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali


10. 26 April 1994 - 25 April 1999

Sultan Negeri Sembilan

Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman

Tunku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin

11. 26 April 1999 - 21 November 2001

Sultan Negeri selangor

Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj

Tuanku Siti Aisyah binti Abdul Rahman


12. 13 Disember 2001 - 12 Disember 2006

Sultan Negeri Perlis

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail

Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid

13. 13 Disember 2006 - Sekarang

Sultan Negeri Terengganu

Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

Tuanku Nur Zahirah

Gambar Perkahwinan Artis

Dynas & Hafizy
(Wan Intan Edrinas Datuk Wan Mokhtar & Mohd Hafizy Mohd Hafiz)
pada 15 March 2008

Friday, March 14, 2008

Petua


Masalah Sakit Kepala, Pening & Hidung Berdarah


Sakit kepala boleh dihilangkan dengan cara, ambil sebiji kecil bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman, tetapi ia akan mengelupas dalam masa 2-3 hari.

Amalkan petua ini sekiranya kepala anda terasa pening. Ambil sebiji bawang merah yang besar dan lima biji bawang putih, hancurkan sehingga lumat dan campurkan secamca besar madu. Kemudian lumurkan pada kulit kepala dan urut lembut. Balut kepala dengan tuala suam. Biarkan semalaman dan pening akan hilang.

Ada cara yang paling mudah untuk menghilangkan sakit kepala. Ambil daun lemuni (batang yang lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan kedalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan anda pasti akan berasa segar serta ringan kepala.

Sekiranya hidung anda berdarah, titiskan campuran cuka dan air mawar. Amalkan dan penyakit ini tidak akan berulang.

Perkembangan Kes Kehilangan Asmawi Jalaludin


KEHILANGAN ASMAWI JALALUDIN, 11 TAHUN
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dipercayai hilang selepas bermain bersama rakannya di taman permainan berhampiran rumahnya di Jalan Pantai Permai 4, Pantai Dalam, di sini, sejak Ahad lalu. Ahmad Asmawi Jalaludin, dikatakan hilang selepas berpisah dengan rakannya di satu persimpangan kira-kira 50 meter dari rumahnya kira-kira jam 6.30 petang.

PTPTN peruntuk RM3b setahun

Petikan dari Berita Harian (14 March 2008)

Kesukaran dapat bayaran balik pinjaman tak jejas pembiayaan pendidikan pelajar

KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan sebanyak RM3 bilion setahun kepada seramai 482,000 pelajar sebagai pinjaman pendidikan. Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN, Yunos Abdul Ghani, berkata daripada jumlah itu RM1.2 bilion adalah untuk 182,000 pelajar baru manakala RM1.8 bilion lagi untuk 300,000 pelajar lama. Katanya, walaupun berhadapan dengan kesukaran mendapatkan semula bayaran balik pinjaman, PTPTN tetap menyediakan dana bagi memastikan pemohon baru memperoleh sumber bagi membiayai pendidikan mereka.

"Ini hanyalah anggaran awal, lagipun keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru saja diumumkan. "Sama ada jumlah ini berkurangan atau ditambah bergantung kepada permohonan yang diterima berdasarkan kemasukan pelajar bagi mengikuti pengajian peringkat ijazah, diploma dan sijil," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam. Katanya, kegagalan membayar balik pinjaman menyebabkan PTPTN dibebani hutang tertunggak RM700 juta sekali gus menghadapi masalah menyalurkan pinjaman baru kepada mereka yang memerlukan.

Bagaimanapun, katanya masalah peminjam ingkar sudah dapat diatasi selepas pihaknya mengadakan kerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Imigresen. Daripada 534,000 peminjam di seluruh negara, hanya 40 peratus atau 324,000 menjelaskan pinjaman mengikut jadual, manakala lebih 200,000 masih tidak membuat sebarang bayaran walaupun kebanyakannya sudah bekerja. "Tiada syarat ketat dikenakan tetapi bermula Januari lalu, peminjam perlu membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebagai persediaan untuk pembiayaan pendidikan ke institut pengajian tinggi serta menggalakkan lebih ramai menabung dalam skim itu," katanya.

Anak Melayu yang berjaya


PECAH REKOD SPM

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: Cuba bayangkan bagaimana seorang pelajar boleh memperoleh 21A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 yang keputusannya diumumkan, semalam.
Adakah dia mengulang kaji pelajaran berjam-jam setiap hari tanpa sebarang kegiatan riadah seperti anak muda lain yang gemar bersukan?Pencapaian menakjubkan itu turut memecahkan rekod Nur Amalina Che Bakri yang mendapat 17 1A pada 2004.

Bagaimanapun, bagi Azali Azlan, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah, dia berpuasa, memakan buah kurma, minum madu dan susu sepanjang tempoh peperiksaan menjadi amalan utamanya.

Dia memperoleh 20 1A dan satu 2A mengatasi rekod Nur Amalina Che Bakri yang hanya memperoleh 17 1A.

Menurut Azali, dia mengambil 21 mata pelajaran bukan untuk memecahkan rekod, sebaliknya melakukan untuk kepuasan diri sendiri.“Tujuan asal saya bukan untuk mengatasi mana-mana rekod, tapi saya buat untuk diri sendiri serta cikgu. Bagi saya, jika buat semata-mata untuk memecahkan rekod, ia tidak memberi apa-apa makna.“Ini sebagai hadiah kepada semua guru saya,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman pelajar cemerlang SPM di Kementerian Pelajaran di sini, semalam.

Azali mendapat 20 1A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Biologi, Kimia, Fizik, Matematik Tambahan, Sejarah, Geografi, Perdagangan, Ekonomi Asas, Matematik Moden, Prinsip Akaun, Sains Asas, Pendidikan Seni, Pendidikan Islam, Tasawwur Islam dan Kesusasteraan Melayu.Dia mendapat 2A dalam Bahasa Inggeris untuk Sains dan Teknologi.

Azali berkata, ketika membuat keputusan mengambil 21 mata pelajaran, guru banyak memberi nasihat dengan menerangkan kebaikan dan keburukannya jika mengambil banyak mata pelajaran.“Cikgu tidak pernah cakap jangan (ambil 21 mata pelajaran), tapi cikgu menjelaskan kebaikan dan keburukannya. Ini kerana mereka bimbang saya tidak boleh menguasai semua mata pelajaran. “Namun, saya percaya dengan diri sendiri, Saya percaya pada Tuhan. Alhamdulillah, cikgu banyak membantu. Mereka tolong dapatkan buku teks yang diperlukan. Itu sebab saya katakan ini (kejayaan) bukan untuk diri sendiri tapi untuk guru dan ibu bapa,” katanya.Dia lebih banyak belajar sendiri dengan bantuan guru dan tidak menghadiri tuisyen di luar sekolah berikutan tinggal di asrama.

Anak ketiga dari lima beradik itu mendapat 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), selain aktif dalam kegiatan sekolah, malah pernah dinobatkan sebagai Tokoh Nilam Kebangsaan 2007.Anak pasangan guru, Azlan Othman, 51, dan Rozita Sanapi, 46, dari Tikam Batu, Kedah, itu berkata pendorong utama untuk belajar datang daripada kakak sulung yang ketika ini melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Cook Universiti, Ireland.

Ditanya mengenai resipi kejayaan dan cara belajar yang dilakukan hingga memperoleh keputusan cemerlang, dia berkata: “Saya belajar dengan sabar. Bagi saya dalam perjuangan mesti ada dugaan dan cabaran daripada Allah, jadi sebagai pelajar Islam adalah perlu bagi saya untuk sabar dengan dugaan kerana setiap kesusahan itu ada kesenangan.“Cuma ketika musim peperiksaan, pengetua menyarankan saya makan kurma, minum madu dan susu, malah sebagai persediaan menghadapi peperiksaan saya berpuasa dari hari pertama peperiksaan hingga hari terakhir.“Bagi saya, itu usaha terakhir yang boleh dilakukan selepas berusaha,” katanya yang bercita-cita menjadi profesor.

Azali juga mengakui pernah berputus asa, bagaimanapun menganggapnya sebagai satu dugaan yang perlu dihadapi sebelum mencapai kejayaan yang diingini.“Pernah juga rasa tak boleh menguasai (mata pelajaran). Itulah dugaan yang saya alami sebenarnya. Untuk pulihkan keyakinan saya jumpa kaunselor, selain berbincang dengan ayah dan keluarga.“Mereka banyak bagi kekuatan untuk saya. Biasanya ayah akan nasihatkan saya supaya melakukannya selagi ia bukan satu dosa. Kemudian, saya akan cuba bina keyakinan diri untuk meneruskan usaha,” katanya.

Thursday, March 13, 2008

Nukilan rasa..


Coretkanlah nukilan rasa anda di sini...

Part time job

Sahabat-sahabat sekalian..

Ada tak sesiapa yang tahu di mana ada part time job yang boleh di lakukan di rumah atau weekend..

Jika ada, sila maklumkan kepada saya...

Rahsia main saham dengan maybank2u terbongkar

Sahabat-sahabatku yang dihormati..Ini ada berita baik untuk anda semua.. Jangan persiakan lagi..

Ketahuilah Rahsia Mendapatkan Keuntungan Berpuluh-puluh Ringgit Malah Beratus-Ratus Ringgit sehari Dengan Panduan Main Saham Dengan Menggunakan Maybank2U Anda..

Untuk penerangan lanjut sila klik di sini:

http://www.jutawansaham.com/index.php?ref=azurah%20

Selamat datang...

Selamat datang ke bLog saya...

Mari kita berkongsi banyak cerita dan pengetahuan serta isu semasa di sini...

Anda bebas untuk meluahkan pendapat bersama saya..